High Speed Internet! 5G Supported!

Unlimited Data Dan Call!

Plan Serendah RM20 !

Sekarang Promo! RM2.50 Sen Sahaja!!

Buy Now

Pelan Halo Telco TuneTalk Borneo25 Tawar Data Tanpa Had Dengan Harga Serendah RM20 Sebulan

 


Halo Telco TuneTalk kini hadir dengan pelan baharu Borneo25 yang menawarkan promosi cukup menarik pada harga mampu milik. Ia diperkenalkan bersempena dengan pesta kaamatan juga dikenali sebagai "Tadau Kaamatan" yang menjelang tiba tidak lama lagi. Perlu dinyatakan di sini penawarannya juga hanya terhad buat pengguna di Sabah dan Sarawak sahaja yang boleh dibeli menerusi rakan niaga Halo Telco atau kedai TuneTalk di kedua-dua negeri berkenaan.


Melalui pelan ini, pengguna boleh menikmati pas data internet sebanyak 30GB sebulan yang juga diiklankan sebagai pelan ‘Tanpa Had’ dengan FUP (Fair Usage Policy). Ini bermakna kelajuan internet akan dikurangkan kepada 512kbps selepas mencapai suatu had penggunaan. Kelajuan internet pula dihadkan kepada 3Mbps.


Pengguna juga boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua rangkaian, di samping turut bebas bersembang di aplikasi pemesejan WhatsApp dan Wechat yang juga tanpa had. Seterusnya kebolehan hotspot pula akan berkongsi dengan kuota pas internet asas 30GB.


Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan pelan ini dengan harga serendah RM20 untuk masa terhad. Kemudian akan dijual pada RM25 seperti biasa selepas tamat promosi ini – termasuklah untuk langganan baharu atau pembaharuan data bulanan.


KLIK SINI UNTUK DAPATKAN SIMKAD HALO BORNEO SEKARANG!


Article - Amanz

No comments:

Post a Comment