High Speed Internet! 5G Supported!

Unlimited Data Dan Call!

Plan Serendah RM20 !

Sekarang Promo! RM2.50 Sen Sahaja!!

Buy Now

Pengetahuan Asas Sebelum Proses Tukar Telco


Proses tukar telco - Jom saya kongsikan cara mengekalkan nombor asal ke telco lain iaitu proses Port Out atau Port In, setiap Telco mempunyai MNP (Mobile Number Portability) maksudnya nombor telefon yang boleh dipindah-pindahkan. Kita pula selalu sebut proses kekalkan nombor lama atau menten nombor phone. Untuk memindahkan nombor dari syarikat telekomunikasi (Telco) lain ke Telco yang lain
, anda perlu mematuhi beberapa perkara asas. Jika perkara ini tidak dipenuhi, maka proses kekal nombor lama akan gagal atau ditolak@reject. 

  • Jika anda menggunakan simkad PREPAID daripada telco lain pastikan;

1. Nama & No IC / Passport mestilah SAMA. Dengan kata lain, simkad telco tersebut dulu didaftarkan menggunakan IC dia sendiri.
2. Talian masih aktif, dan bukan dalam tempoh grace period.
3. ADA Kredit min RM 3.00 (jgn tinggal RM 0). 
4. Kalau guna Celcom, sudah guna selama 3 bulan ke atas.
5. Kalau guna Maxis / Tunetalk / Umobile / ToneExcel / TonePlus dah guna selama 1 bulan ke atas.
6. Kalau guna XOX / Altel, dah guna selama 1 minggu ke atas. 
7. TIADA HUTANG dengan telco lama seperti SOS TOPUP dan sebagainya. Sekiranya ada hutang, mesti diselesaikan terlebih dahulu.

  • Jika menggunakan simkad POSTPAID (jenis bayar bil setiap bulan) daripada telco lain pastikan;

1. Nama & No IC mesti SAMA .
2. BIL yg sudah keluar WAJIB jelaskan dahulu Walaupun 1 sen. (Jangan ada hutang walaupun 1 sen)
3. TIADA Supplement / Principle number.

Dan pesan kepada pelanggan tersebut, jika kekalkan nombor lama pospaid ini berjaya, simkad dia akan jadi simkad prepaid dan dia kena topup. Tiada lagi bayar bil setiap bulan. Jika simkad dia ada supplementary, maknanya satu akaun ada beberapa orang pakai nombor yang lain, dia kena asingkan menjadi priciple number, iaitu perlu satu akaun satu nombor sahaja, barulah proses kekal nombor lama tidak akan ditolak.

Sekiranya pelanggan anda tidak pasti atau tidak ingat simkad yang dia gunakan itu didaftarkan atas IC siapa, dia boleh check terlebih dahulu dengan telco masing-masing.

Senarai Telco:

CELCOM
Cara 1 (SMS)
Taip CHECK ID NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 22099 
Contoh :- CHECK ID 890101081234
Check Baki Kredit: *124#

Cara 2 (CALL)
📞 1111 (No Celcom)
📞 1300111000 (Celcom centre)
📞 +60336308888

MAXIS
Cara 1 (SMS) 
Taip NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 22011 
Contoh :- 890101081234
Check Baki Kredit: *122#

Cara 2 (CALL) 
📞 123 (No Maxis)
📞 1800821123 (Maxis centre)

U-MOBILE
Cara 1 (SMS)
Taip VERIFY NO. Kad Pengenalan dan hantar ke 28011
Contoh :- VERIFY 890101081234
Check Baki Kredit: *118*8#

Cara 2 (CALL)
📞 +60183881318

TUNETALK/HALO TELCO
📞 13100
📞 0327720000
📞 03-74985544
Check Baki Kredit: *133#

ONEXOX
📞 12273 (Call free drpd no OneXOX)
📞 1300888010
 Check Baki Kredit: *132#

DIGI
Cara 1 (SMS) TAIP : CHECKID >jarak< (NO. IC) dan hantar ke 20000
Cth : CHECKID 801002035111
Check Baki Kredit: *126#

Cara 2 (Call)
📞 016221180
📞 0162998888
📞0162211800

REDONE
📞1909 (No Redone)
📞 1800110800
Check Baki Kredit: *123#

ALTEL
📞 13388 (No Altel)
📞 0326133888
 Check Baki Kredit: *124#

REDTONE
📞 1800877770
Check Baki Kredit: Call 1909
sms: BAL SP & hantar ke
0192769433 / 0163353099

CLIXSTER
📞 01122113311
Check Baki Kredit: *126#

Jika sudah sah yang simkad/nombor tersebut didaftarkan dengan menggunakan IC dia, barulah anda boleh memulakan proses permohonan kekal nombor lama. 

MNP = TELCO & DONOR


TuneTalk = CELCOM
TuneTalk ToneExcel = CELCOM
TuneTalk TonePlus = CELCOM
XOX = CELCOM
redONE = REDTONE/ CELCOM
Merchantrade = CELCOM
Smart Pinoy = CELCOM
Yoodoo = CELCOM
Altel = CELCOM

Tron = DIGI
SpeakOut = DIGI
My Evolution = DIGI
mCalls = DIGI
Tapp = DIGI
ToneWow = DIGI

Buzzme = UMOBILE
Friendi = UMOBILE
Telin Malaysia (Kartu As) = UMOBILE
Friendi = UMOBILE
MyPrepaid = Friendi = UMOBILE
SmartPas = Friendi = UMOBILE

ookyo = MAXIS

Unifi Mobile = P1

YES = YTL COMMS

Contoh error semasa MNP dan cara membuat aduan ke SKMM

Kemudian akan keluar Kod mengapa ia reject, dan anda boleh rujuk kod reject tersebut dibawah ini:

Contoh Kod Reject yang ada.

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 – Nombor Passport salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal.
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut. 

SP52 – Mempunyai akaun tertunggak.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP. 

SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line).
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula.

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan.
Remark/Resolution : Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai .Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP59 – Melebihi had Kredit.
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 – NOMBOR PELANGGAN ADALAH dihentikan sementara.
Remark/Resolution : Semak status dengan pembekal perkhidmatan semasa, pastikan nombor mudah alih adalah aktif yang berkaitan, masih dalam tempoh sah topup / masih ada sekurang-kurangnya kredit masa siaran min RM1.

SP71 – User TIDAK atau LAMBAT membalas SMS pengesahan port out daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Re-submit semula permohonan MNP tersebut dan pastikan user membalas sms pengesahan port out dengan kadar segera. 

SP72 – User menjawab NO kepada SMS Pengesahan daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Mohon buat semakan semula dgn pengguna dan submit semula.

* Jika sudah ikut semua syarat, tapi masih gagal nak kekal nombor lama, anda perlu bantu pelanggan anda untuk membuat aduan terus kepada SKMM/MCMC.

KLIK DISINI – ADUAN MCMC.

No comments:

Post a Comment