High Speed Internet! 5G Supported!

Unlimited Data Dan Call!

Plan Serendah RM20 !

Sekarang Promo! RM2.50 Sen Sahaja!!

Buy Now

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAJUAN INTERNET (CELLULAR NETWORK)

(1) PEAK HOUR (WAKTU PUNCAK / PADAT)


- Contohnya waktu subuh / pagi laju je internet, tapi bila masuk petang / malam jadi slow. Ini terjadi disebabkan waktu pagi kurang orang pakai internet sebab waktu orang tidur / kerja.


Waktu malam pula, ramai dah balik kerja & budak2 balik sekolah. Malam waktu berehat, ramai akan main phone & guna internet. Tu sebab line jadi sedikit jem, lagi teruk bila hari cuti perayaan, ramai cuti duduk rumah + balik kampung.

ã…¤

ã…¤

(2) KEPADATAN PENGGUNA 


- Lebih kurang dgn faktor no 1. Contoh anda pakai line Celcom, kalau ramai sangat sangat sangat pengguna Celcom kat kawasan tu, memang internet jadi slow walaupun signal phone anda dapat 4G fullbar. 


Tak semestinya anda tinggal di bandar, internet akan laju. Kadang2 di kampung lagi laju dari bandar, lagi2 bila duk dekat pencawang. Fuhhh, memang heaven.

ã…¤

ã…¤

(3) SPESIFIKASI TELEFON


- Ya, spec phone pun main peranan. Ada phone yang kuat tarik signal & ada phone yang tak kuat. Ada juga mereka yang masih lagi guna phone2 lama yang tak support 4G, pastu komplen internet slow. 


Selalunya phone2 terbaru + kalau harganya lebih bangsawan amat bagus dari segi capaian signal.

ã…¤

ã…¤

(4) LOKASI RUMAH & PENCAWANG


- Semakin dekat lokasi anda dengan pencawang, maka semakin kuat signal gelombang radio yang diterima oleh phone anda. Internet anda pun akan jadi lebih laju.

ã…¤

ã…¤

(5) STRUKTUR BANGUNAN, RUMAH & KAWASAN PERSEKITARAN


- Mesti pernah jadi kan, bila korang masuk dalam lif tiba2 phone jadi takda line / kurang signal? Ha.. macam tu jugak dengan yang ni.


Kalau lokasi korang tu ada banyak sangat pokok & bangunan tinggi2 disekitarnya, signal gelombang radio tu akan jadi lebih susah nak sampai kat phone.


Sebab ada banyak sangat halangan yang gelombang tu perlu tembus sebelum sampai kat phone. Semakin banyak halangan, semakin lemah gelombang radio tersebut.


Kalau sesiapa yang tinggal di rumah 2 tingkat mesti pernah jadi, internet jadi slow bila duk tingkat bawah, bila duk atas laju je. Solusi untuk yang ni, cuba duduk tepi tingkap.


Kalau lokasi pencawang jauh + kawasan persekitaran tak cantik, memang double jahanam la speed internet korang 🤣

No comments:

Post a Comment