Pernah mengalami semasa bangun pagi tengok phone signal dah xde? Masa tu baru lah teringat tentang mesej amaran dari telco seminggu yang lepas, "Your account validity period is over. Please Topup before your SIM expiration date 18-AUG-2021" tapi dibiarkan dan terus lupa sehingga lah tamat tempoh baru rasa menyesalnya tak topup masa tu. Kalau korang pengguna Halo Telco Tune Talk, Korang jangan risau kami ada cara untuk anda dapatkan semula nombor yang dah tamat tempoh tu.
Kami dapat rasakan betapa sakitnya hati apabila melihat signal phone yang hanya memaparkan tanda pangkah merah, apatah lagi nombor tersebut penting di mana semua urusan menggunakan nombor tersebut, termasuklah pengesahan TAC bank, jadi semua urusan pembayaran tidak dapat diteruskan. Nampak tak korang, dah jadi masalah pula kan.
Cara dapatkan semula nombor Halo Telco Tune Talk yang dah tamat tempoh
Pertama korang jangan cemas atau fikir apa-apa yang negatif, sebabnya nombor yang baru sahaja tamat tempoh boleh dapatkan semula, tapi ada beberapa perkara yang korang perlu ikut. Ianya mudah sahaja dalam masa 24 jam pasti korang akan dapat balik nombor tersebut.
Register Sendiri Di Mana-Mana Jerr
Kalau korang nak buat sendiri pun boleh jerr, caranya korang dapatkan simkad di kedai dengan harga RM5, ini adalah langkah-langkahnya;
Kemudian topup RM50 pada nombor Tune Talk baru ya, sebab kalau nak ambil semula nombor Tune Talk yang lama, kena pilih nombor Tune Talk yang baru dulu, untuk sementara jerr.. sekitar 24-48 jam dalam tempoh masa bekerja, lepas tu korang boleh pergi ke aplikasi Tune Talk untuk live chat Customer Service.
Kena ikut semua langkah diatas tu baru boleh live chat.
Korang chatlah "saya nak dapatkan nombor yang telah tamat tempoh", jadi dia akan minta kad pengenalan dan nama untuk pengesahan, pastikan nombor yang korang nak ambil balik tu atas nama dan kad pengenalan yang sama.
Kemudian dia akan minta nombor serial pada sim kad korang, ianya ada pada belakang sim kad Tune Talk yang korang baru beli, tolong jangan buang, kalau ada masalah nanti boleh rujuk balik, nak lagi senang snap jer letak dalam phone.. hihi
Dan akhir sekali dia akan balas, pengaktifan dalam masa 24-48 jam waktu bekerja, selama waktu itu korang akan pakai nombor Tune Talk yang baru, selepas waktu tersebut, nombor Tune Talk yang lama akan diaktifkan semula, dan anda boleh pakai seperti biasa.
Harap posting ini dapat membantu anda semua yang menghadapi masalah sedemikian. Terima Kasih!
Credit To - Sharina (OpzzPinky)
face recognize tu dia nak yang live ke macam mane? sbb dulu yang belikan simkad tu orang lain. and dia ddk jauh.
ReplyDeleteYa mesti live, dan mesti orang yg sama dgn IC yg register simkad tu.
DeleteNak tanya, memang kena topup rm50 ke atau beberapa je?
DeleteYa mesti topup RM50, itu adalah syaratnya.
DeleteHi nak tanya tamat tempoh tu ada limit hari ke utk aktifkan kembali?
ReplyDeleteXde limit, selagi nombor tu masih available dalam system selagi tu boleh aktifkan kembali.
DeleteTapi saya dah buang kad merah besar tu mcm mane ek bole gune lagi ke?
ReplyDeletePoint dan balance baki masih lagi sama ke kalau dpt balik akaun?
ReplyDeleteHi nak tanya, memang kena topup rm50 ke atau beberapa je?
ReplyDeleteMesti topup RM50, itu adalah syaratnya
Delete