High Speed Internet! 5G Supported!

Unlimited Data Dan Call!

Plan Serendah RM20 !

Sekarang Promo! RM2.50 Sen Sahaja!!

Buy Now

10 Tips Berguna Untuk Menjimatkan Bateri Smartphone

Apple, Blackberry, Samsung dan pengeluar smartphone yang lain dilengkapi dengan OS seperti Android dan iOS yang membenarkan pengguna untuk bermain, mendengar muzik, mengambil gambar, akses internet bahkan strim video.


Dengan kepelbagaian fungsi serta perkara yang boleh dilakukan di dalam smartphone, ia memberikan kerisauan kepada pembangun, pengeluar dan pengguna smartphone itu sendiri. Berdasarkan purata, smartphone hanya boleh bertahan sehari dua sahaja sebelum kehabisan bateri – berbanding berminggu-minggu bagi telefon bimbit pada ketika dahulu.
Sementara menunggu perkembangan teknologi berkembang dalam sudut ini, terdapat beberapa cara untuk menjimatkan bateri smartphone.
Dalam artikel ini, kami akan menjawab itu semua!

10 Tips Asas Menjimatkan Bateri Smartphone

Berikut adalah 10 tip asas untuk menjimatkan bateri smartphone.

1. Matikan Getaran

Getaran atau juga dikenali sebagai vibration sangat berguna untuk mengangkat panggilan atau mesej.
Kebiasaannya, getaran memakan lebih banyak bateri berbanding dengan ringtone. Bunyi yang dihasilkan oleh ringtone hanya perlukan getaran sedikit dari speaker smartphone anda.
Berbanding dengan membuat getaran penuh untuk satu telefon, ia perlukan banyak tenaga dan memakan bateri.
Perkara ini sama juga untuk tactile feedback, jika anda tidak perlukannya, matikannya.

2. Kurangkan Kecerahan Skrin (Screen Brightness)

Tips ini sangat penting. Kurangkan tahap kecerahan skrin smartphone anda boleh mengurangkan banyak penggunaan bateri. Sekiranya telefon kita menggunakan kecerahan 100% dan setiap minit dibuka ia pasti akan cepat habis bateri.
Dengan menggunakan auto-brightness, ia membenarkan smartphone itu berubah tahap kecerahan mengikut keperluan semasa.

3. Kurangkan Screen Timeout

Sama seperti konsep di atas, sekiranya anda ingin jimatkan bateri smartphone anda haruslah mengurangkan jangka masa screen timeout.
Screen timeout merujuk kepada jangka masa untuk skrin padam semasa ia tidak digunakan. Anda boleh mengubahnya di bahagian setting.

4. Matikan Smartphone

Sekiranya anda merancang untuk tidak menggunakan smartphone dalam jangka masa yang agak panjang, apa kata anda matikan smartphone tersebut. Perkara ini boleh mengurangkan penggunaan bateri.

5. Cas Bateri Dengan Betul

Berkenaan dengan cas, terdapat dua jenis bateri cas semula yang biasa digunakan di dalam smartphone: Lithium-ion (Li-Ion) dan Nickel seperti Nickel-Metal Hydride (NiMH) dan Nickel-Cadmium (NiCd)
Kapasiti setiap bateri akan berkurangan setiap kali mengecasnya. Biasanya, bateri jenis NiCd boleh tahan lebih lama berbanding dengan NiMH.
Bateri Li-Ion pula merupakan bateri yang terbaik jika dibandingkan ketiga-tiga jenis itu tadi. Tetapi ia perlu dicas dengan kerap untuk mengekalkan tahap kapasitinya.

6. Tutup Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Sesetengah apps @ aplikasi tidak ditutup sepenuhnya, sebaliknya ia akan berada dalam background. Fungis multitasking sangat biasa dalam dunia smartphone, tetapi pada masa yang sama merupakan salah satu faktor kepada cepatnya habis bateri.
Lagi sakit kalau anda buka aplikasi tersebut tetapi tidak menggunakannya. Satu pembaziran besar.
Jika anda mahu menjimatkan bateri, anda perlu matikan aplikasi yang anda tidak perlu gunakan. Anda boleh gunakan aplikasi seperti Advanced Task Killer (Android) untuk memudahkan tujuan tersebut.

7. Matikan GPS

Aplikasi yang menggunakan GPS untuk menentukan kedudukan kita dengan tepat biasanya akan memakan banyak bateri. Hal ini kerana smartphone itu akan menghantar dan menerima signal dari satelit. Aplikasi yang menggunakan GPS, antaranya adalah: Google Mpas atau Facebook (semasa check-in).

8. Matikan Bluetooth, Wi-Fi, 3G/4G Semasa Tidak Diperlukan

Tenaga akan diperlukan semasa smartphone anda mencari signal line seperti Wi-Fi, 3G, Bluetooth dan sebagainya. Apabila line tidak baik, smartphone scan untuk mencari line yang lebih baik.
Sekiranya anda tidak perlu menggunakannya, ada dinasihatkan agar mematikannya. Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan ‘Airplane Mode‘.

9. Kurangkan Notifikasi

Aplikasi yang memberikan notifikasi dengan kadar serta merta seperti Whatsapp, email, Facebook dan sebagainya boleh memakan banyak bateri.
Bukan setakat membazir bateri, bahkan kadang-kadang mengganggu kita.
Untuk mengubahya, anda boleh ke bahagian setting dan matikan notifikasi yang tidak gunakan untuk menjimatkan penggunaan bateri.

10. Jaga Suhu Smartphone

Mungkin ada diantara kita yang perasan bahawa bateri lebih cepat habis semasa telefon dalam keadaan panas. Senang cerita, jangan biarkan smartphone anda berjemur di bawah cahaya matahari atau mana-mana tempat yang panas.
Biasanya, orang akan tertinggal telefon mereka di dalam kereta yang diparkir di bawah cahaya matahari. Silap silap.
Bateri akan berfungsi dengan baik dalam kondisi yang sejuk. Cuba elakkan daripada menyebabkan smartphone itu panas.

Kesimpulan

Menjimatkan bateri smartphone bukanlah perkara yang sukar. Tetapi, anda perlu melakukan sedikit pengorbanan untuk mengurangkan sedikit beberapa aplikasi.
Sudah pasti tips ini akan berguna mengikut situasi yang anda berada. Sekiranya anda berada di rumah, bateri habis tidaklah menjadi masalah besar, tetapi bagi orang yang berada di lapangan terbang, sangat penting untuk menjimat bateri.
Selain tips di atas, anda juga boleh menggunakan power bank supaya boleh cas smartphone anda bila-bila masa sahaja. Harap artikel ini membantu anda, silalah kongsikan dengan rakan-rakan.
Source : Info Pelajar

No comments:

Post a Comment