High Speed Internet! 5G Supported!

Unlimited Data Dan Call!

Plan Serendah RM20 !

Sekarang Promo! RM2.50 Sen Sahaja!!

Buy Now

5 Kelebihan Berniaga Secara Online


1. Targeted Audience yang luas.
Apabila kita berniaga atau mengiklankan perniagaan kita secara online, kita dapat menyasarkan pelanggan bukan sahaja dikawasan setempat bahkan luar dari kawasan tersebut. Kita dapat bekalkan maklumat yang lengkap seperti waktu operasi, alamat, menu dan sebagainya.
Kalau kedai fizikal, kita tidak boleh paksa orang sewenang-wenang untuk masuk dan lihat produk2 yang dijual di kedai kita.
Berbeza dengan perniagaan online, Perniagaan atau produk yang kita iklankan melalui medium pengiklanan seperti fb ads, google ads dan sebagainya akan terus dipaparkan ke telefon bimbit melalui saluran media sosial seperti Fb atau Instagram atau website. Secara tidak langsung kita telah "memaksa" pelanggan untuk melihat produk2 kita yang memungkinkan kepada pembelian.
2. Kos permulaan yang rendah
Seperti yang kita ketahui, kos jualan secara atas talian adalah lebih murah berbanding kita berniaga secara fizikal (menyewa kedai). Kita dapat kurangkan kos2 tertentu seperti kos pekerja, sewaan banggunan, api dan air.
Kalau nak lagi murah kos permulaan, jangan hire orang bina website kita tetapi bina sendiri! Baru tak sampai RM200. 
3. Kebebasan Masa dan tempat
Bagi mereka yang menjual produk fizikal yang kecil dan tidak banyak, menjualnya secara online memberikan mereka satu kebebasan masa. Mereka dengan mudah boleh bergerak kemana sahaja, bercuti atau balik kampung dengan syarat mereka membawa bersama produk mereka dan dikawasan tempat yang ditujui menyediakan perkhidmatan Pos atau Kurier.
4. Kurang risiko modal beku.
Berniaga secara online tidak memerlukan stok yang terlalu banyak dan dipamerkan seperti di kedai, ada kemudahan seperti pre-order membolehkan peniaga tersebut merancang stok yang hendak dipesan dari pembekal. Ini sekaligus mengelakkan fenomena modal beku atau stok tersadai di kedai.
5. Pembinaan Reputasi Jenama lebih cepat
Seperti yang kita ketahui, semua produk yang dipasarkan akan berlumba lumba melakukan pengiklanan dari masa ke semasa sebagai usaha meningkatkan reputasi jenama tersebut. Bahkan jika dilihat seolah olah minda kita seakan di doktrin dengan satu jenama tertentu.
Contohnya ketara bila sebut ubat gigi, jenama yang terlintas dikepala pastinya colgate!, lampin pakai buang mesti pampers, minuman coklat malt pastinya milo. Bagaimana hal ini berlaku? ia adalah melalui pengiklanan melalui saluran mainstream seperti TV dan Radio.
Untuk kita mengiklankan produk kita di TV dan Radio pastinya melibatkan kos yang tinggi, sebagai alternatifnya kita juga boleh turut sama mendoktrin pemikiran pengguna agar mengenali dan menerima jenama kita sehingga akhirnya jenama kita digunakan sebagai kata ganti nama sesuatu jenis produk melalui pengiklanan dan pemasyhuran melalui internet. Kosnya jauh lebih murah bahkan lebih effektif berbanding saluran mainstream.

No comments:

Post a Comment