High Speed Internet! 5G Supported!

Unlimited Data Dan Call!

Plan Serendah RM20 !

Sekarang Promo! RM2.50 Sen Sahaja!!

Buy Now

Top 10 Orang Terkaya Di Malaysia Banyak Terlibat Dalam Bidang Apa?


Baru-baru ini majalah perniagaan dari Amerika, Forbes, ada mengeluarkan senarai orang-orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2019.
Melalui senarai ‘Malaysia’s 50 Richest’ yang dikeluarkan oleh majalah tersebut, dapat dilihat pelbagai bidang perniagaan yang dijalankan oleh para billionaire ini.
Tetapi ada satu sektor bidang yang mempunyai banyak persamaan antara mereka ini.
Apakah sektor bidang itu?
Sudah tentulah bidang hartanah!
6 daripada 10 orang terkaya di Malaysia ini terlibat di dalam bidang hartanah dan menjadikan hartanah sebagai salah satu portfolio perniagaan serta sumber pendapatan dan kekayaan mereka.
Jelaslah terdapat peluang yang besar bagi mereka yang terlibat di dalam bidang perniagaan dan juga hartanah.
Jom kita lihat senarai ini. Semoga boleh dijadikan inspirasi pula untuk anda untuk mengorak langkah dan mencipta kejayaan di masa hadapan!
TOP 10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2019
1. ROBERT KUOK
(Pengasas Kuok Group & Shangri-La Hotels)
Nilai bersih kekayaan: USD 12.8 bilion (RM 52 bilion)
Umur: 95 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Perkapalan, Hotel, Hartanah
2. QUEK LENG CHAN
(Pengerusi Eksekutif Hong Leong Co.)
Nilai bersih kekayaan: USD 9.4 bilion (RM 38 bilion)
Umur: 77 tahun
Sumber kekayaan: Perbankan, Hartanah
3. TEH HONG PIOW
(Pengasas Public Bank Berhad)
Nilai bersih kekayaan: USD 6.7 bilion (RM 27 bilion)
Umur: 89 tahun
Sumber kekayaan: Perbankan
4. ANANDA KRISHNAN
(Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd)
Nilai bersih kekayaan: USD 6.2 bilion (RM 25 bilion)
Umur: 81 tahun
Sumber kekayaan: Telekomunikasi, Media, Perkhidmatan Minyak
5. LEE SHIN CHENG
(Pengerusi IOI Group)
Nilai bersih kekayaan: USD 5.4 bilion (RM 22 bilion)
Umur: 80 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Hartanah
6. CHEN LIP KEONG
(Ketua Pengarah Eksekutif NagaCorp)
Nilai bersih kekayaan: USD 5 bilion (RM 20.4 bilion)
Umur: 71 tahun
Sumber kekayaan: Kasino, Tenaga, Hartanah
7. LIM KOK THAY
(Pengerusi Genting Group)
Nilai bersih kekayaan: USD 4.4 bilion (RM 17.9 bilion)
Umur: 67 tahun
Sumber kekayaan: Kasino, Hotel, Hartanah
8. LAU CHO KUN
(Pemilik pegangan terbesar Hap Seng Consolidated)
Nilai bersih kekayaan: USD 3.4 bilion (RM 13.8 bilion)
Umur: 83 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Hartanah
9. KOON POH KEONG & ADIK BERADIK
(Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Berhad)
Nilai bersih kekayaan: USD 2.6 bilion (RM 10 bilion)
Umur: 57 tahun
Sumber kekayaan: Pemprosesan Aluminum
10. KUAN KAM HON
(Pengasas Hartalega Holdings)
Nilai bersih kekayaan: USD 2.4 bilion (RM 9.8 bilion)
Umur: 71 tahun
Sumber kekayaan: Sarung Tangan Sintetik
Sumber rujukan:
Forbes.com
Sumber gambar:
1) forbes.com
2) thestar.com.my
3) maskulin.com.my
4) themalaysianreserve.com
5) ioiproperties.com.my

No comments:

Post a Comment