Boleh dikatakan ramai diantara pengguna yang tidak perasan, selama ni mereka telah membayar caj dan penalti yang banyak ke pihak bank.
Jika dikumpulkan jumlah ini memang menguntungkan pihak bank. Dan sebenarnya, ada caj-caj ini yang boleh dielakkan jika kita bertindak bijak.
Disini kami kongsikan beberapa tips yang para pelanggan bank boleh amalkan untuk mengurangkan pembaziran membayar caj-caj yang tidak perlu ini dan menambahkan kelebihan kepada pengguna.
Cara Bijak Mengurangkan Caj Daripada Pihak Bank
1. Gunakan Kad ATM Dengan Bijak
Sesetengah bank telah meletakkan had jumlah penggunaan kad ATM untuk pengeluaran melalui mesin ATM. Jika melebihi had, akan dikenakan caj perkhidmatan. Jadi, kurangkan mengeluarkan duit sedikit demi sedikit dari ATM. Campurkan jumlah yang diingini dan buat pengeluaran sekali.
2. Semak Syarat Baki Akaun Minima
Bank-bank meletakkan jumlah minima yang perlu ada di dalam akaun. Ada sesetengah jenis akaun, jika jumlah baki yang ada kurang dari had yang ditetapkan akan dikenakan penalti ataupun caj perkhidmatan. Pastikan anda kekalkan baki minima yang betul.
3. Gunakan Kad Debit Berbanding Kad Kredit
Untuk pembelian dengan menggunakan kad, pengguna digalakkan untuk menggunakan kad debit berbanding kad kredit. Sesetengah bank tidak mengenakan caj perkhidmatan bagi proses penggunaan kad debit berbanding kad kredit yang kadar biasanya 2-3%.
4. Simpan di Akaun Simpanan atau Akaun Simpanan Tetap Bertempoh
Jika pelanggan kerap ada baki yang tidak digunakan, seeloknya disimpan di dalam akaun simpanan atau akaun simpanan tetap bertempoh kerana akaun-akaun ini dapat memberikan imbuhan keuntungan kepada pelanggan berbanding akaun semasa. Ada juga akaun semasa yang menawarkan imbuhan tetapi bersyarat.
5. Gunakan Perbankan Online
Para pelanggan harus mengoptimumkan penggunaan perbankan online berbanding perbankan tradisional. Ada bank yang menawarkan caj perbankan online seperti pemindahan antara bank yang lebih murah dari perbankan di kaunter.
6. Buka Akaun Simpanan Tanpa Buku
Ada bank yang masih gunakan hanya akaun simpanan dengan buku. Risiko di sini adalah bila buku simpanan tersebut hilang. Caj perkhidmatan dan setem hasil hingga RM20. Gunakanlah akaun simpanan tanpa buku jika anda memang tak pandai simpan buku.
7. Pastikan Akaun Aktif
Caj perkhidmatan akan dikenakan bagi akaun yang tidak aktif. Jadi kurangkan dari membuka akaun banyak-banyak jika tidak perlu.
8. Tutup Akaun Tidak Aktif Selepas 6 bulan
Jika ada akaun yang ingin ditutup, pastikan ditutup selepas 6 bulan akaun dibuka bagi mengelakkan dicaj penalti penutupan akaun bawah 6 bulan.
9. Akaun Overdraf
Bagi pelanggan yang kerap akaun tu ‘overdrawn’ selepas isu cek kepada pelanggan, bolehlah mohon overdraf dari pihak bank. Penalti ‘overdrawn’ ni je boleh cecah sampai RM100 setiap cek. Walaupun pelanggan ada duit untuk top up baki akaun tadi, tetap ada caj yang dikenakan.
10. Gabungkan Kad ATM
Setiap kad ATM ada dikenakan yuran tahunan. Jadi jika anda ada lebih dari satu akaun, gabungkanlah akaun tersebut di dalam satu kad sahaja berbanding satu kad bagi setiap akaun.
Ini antara tips yang boleh diamalkan oleh pelanggan bank. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.
No comments:
Post a Comment